Kadang-kadang kita ragu-ragu bila nak bersedekah. Mungkin ada yang risau sekiranya duitnya berkurang selepas bersedekah
Satu hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya”
Dari hadis ini kita dapat lihat, Allah telah berjanji bahawa tidak akan berkurang harta kita jika kita bersedekah.
Malah harta kita boleh bertambah!
Inilah matematik sedekah. Kalau 50-50 bukan 0.
Boleh jadi 50-50 = 500 Allah bagi kepada kita semula.
Sangat banyak manfaat yang kita boleh dapat dari amalan bersedekah
Apatah lagi jika bersedekah pada hari Jumaat Penghulu Segala Hari
Sempena Hari Jumaat ini, sama-sama kita rebut peluang untuk mendapatkan pahala dengan melaksanakan sedekah WAJIB iaitu ZAKAT disamping melaksanakan juga perkara-perkara sunat dan amalan biasa di hari Jumaat.
Disalin dari:
Emel Pusat Pungutan Zakat MAIWP

0 Comments